Tuesday 7 February 2017

Suara dan cakaran

Baru minggu lepas, kawan saya, Cik Ira berkongsi dgn saya pengalaman beliau diganggu di sebuah bangunan. Hari ini saya akan kongsi ceritanya.

Cik Ira dan kawan-kawan seofis pergi ke satu kelas Zumba di Taman Shamelin, Cheras. Kelas tu malam. Maka berzumbalah mereka kat kelas yang semuanya perempuan tu. Kelas tu habis lambat jugalah. Dok berborak dan bercerita lagi, sedar-sedar malam dah agak lewat.

Mereka pun keluar dari kelas. Kat bangunan tu adalah pulak karaoke. Dibantainya sambung berkaroke pulak sampai pukul 1 pagi...

Lepas abis karaoke, nampaknya bangunan tu dah lengang sangat-sangat. Mereka mengambil keputusan untuk pergi ke tandas dahulu sebelum pulang. Maka pergilah ke tandas beramai-ramai. Oleh kerana bangunan tu kiranya macam dah tutup, hanya satu tandas sahaja yg boleh pakai... nun kat hujung tingkat tu. Mereka pun masuk.

Masa tengah melepas hajat, Cik Ira ni terdengar kawannya panggil "Iraaa". Dia pun jawablah.. "Apa dia?". Elok dia keluar, kawan kawan dia berpandangan sesama sendiri. "Ira, suara sapa tadi, bukan kami". Ingatkan kawannya gurau, tapi bila kawannya pun lari pantas nak keluar dari situ, sahlah bukan kawannya yang buat. Mereka bergegas ke lift untuk turun ke tingkat bawah.

Lift berhenti. Mereka masuk. Tekan tekan, pintu tak tutup. Masih kekal di tingkat yang sama. Tiba tiba lampu butang lift (yang menunjukkan no. tingkat) berkelip kelip, sekejap menyala, sekejap tidak.

Menggelabahlah mereka. Pintu lif masih terbuka menunjukkan ruang tingkat bangunan yang dah kelam. Kosong. Cik Ira baca al-fatihah.
Pintu lift akhirnya tertutup perlahan. Elok je lift bergerak turun, dinding lift dicakar dari luar. Tak cukup dengan tu, bunyi cakaran pun terdengar dari luar lantai lift.

Cik Ira dan kawan kawannya terus baca ayat quran. Setibanya di tingkat bawah, berlumba lumba mereka nak keluar daripada lift 😁 takut kena tinggal atau pintu lift tertutup balik.

Sepanjang perjalanan pulang, mereka membisu seribu bahasa tak tercakap pasal hal tu sebab masing masing seriau.

Esoknya, masa jumpa di tempat kerja, barulah mereka menyoal sesama sendiri dan bercerita lebih lanjut tentang pengalaman mereka.

Kalau akaklah kan, tandas ni memanglah tempat feveret benda benda tu.. elakkan masuk malam-malam di tempat yang kita tak biasa... Bukan maknanya kita takut ke benda tu ke apa, tapi, baca bacalah doa lebih-lebih sikit, atau cari tempat yang terang. Sekadar pendiding diri.

Elakkanlah yang gelap, kelam dan tak berorang. Tapi kalau dah terkucil tu kan.. nak buat macam mana 😅. Agaknya kalau dah tak tahan sangat, hantu pun hantulah janji hajat terlaksana...

No comments:

Post a Comment