Mengenai Nida Zahar

Nida Zahar Blog

Sejak dari kecil, Nida Zahar gemar melihat bangunan bersejarah, rumah tinggal, gua, dan hutan kerana tertanya-tanya tentang misteri di sebalik lokasi sedemikian. Meminati karya Tamar Jalis, Edgar Allen Poe, Alfred Hitchcock dan Russell Lee, Nida cenderung menulis cerita seram dan mistik, selain berminat dengan pengkisahan hidup melalui naskhah biografi.

Mula menulis pada 2016, Nida menerbitkan karya pertama bertajuk Kau Nampak? Bila Yang Melihat Mula Berbicara... secara swaterbit, diikuti naskhah kedua bertajuk Terjah Mistik, hasil kolaborasi bersama sebuah kumpulan paranormal.

Pada tahun berikutnya, Nida mendapat peluang untuk menulis di bawah penerbitan Buku Puris/Galeri Ilmu dengan penghasilan novel bersama Suhana Salleh bertajuk Saka Cincin Long Esah. Ia diikuti dengan penghasilan sebuah lagi himpunan cerpen bertajuk Mantera Papan Puja.

Pada tahun-tahun berikutnya, Nida terlibat dengan projek penulisan autobiografi, buku umum dan artikel berkaitan seni sehinggalah ke hari ini.

Blog Nida Zahar ialah wadah perkongsian cerita seram bagi Nida. Cerita seram tidak harus dipandang sebagai tahyul dan khurafat semata-mata. Sebalikya, jika kena pada naratif dan gaya penulisan, cerita seram boleh diangkat sebagai penyebar dakwah yang mampu menarik minat masyarakat untuk mendalami agama dan menghayati keunikan budaya.

Mempunyai kelulusan dalam bidang Seni Bina, Nida kini bekerja sebagai penulis dan pereka kandungan kreatif di sebuah syarikat penerbangan di samping meneruskan minat dalam bidang penulisan.

Untuk sebarang pertanyaan dan cadangan kolaborasi, sila hubungi Nida di sini.