Nama saya Nida Zahar atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nida. Blog ini dihasilkan sebagai platform perkongsian subjek-subjek yang Kak Nida minati - cerita seram, eksplorasi, port lepak, dan juga buku dan filem. Selain itu, Kak Nida turut berkongsi tips penulisan yang mungkin bermanfaat kepada penulis-penulis lain khususnya penulis baharu. Sejujurnya, Kak Nida bukanlah pakar, sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman yang dijana sejak serius menjadi penulis pada 2016.
Perkongsian Pengalaman
Sebagai penulis cerita seram, banyak pengalaman yang Kak Nida kumpulkan melampaui apa yang dapat Kak Nida kongsikan dalam sesebuah manuskrip. Sebab itulah Kak Nida wujudkan blog ini. Sekurang-kurangnya, pengalaman menarik dan perkongsian cerita daripada sahabat handai dapat Kak Nida coretkan di sini.
Eksplorasi
Ya, sebagai penulis yang suka ke sana ke mari untuk mencari bahan dan menggali pengalaman, memang Kak Nida suka berjalan-jalan. Kadang-kadang, pergi ke satu-satu tempat, semata-mata nak cari ilham. Sebab itulah Kak Nida turut menulis tentang Eksplorasi Kak Nida di dalam blog ini.
Port Lepak Untuk Penulis
Dalam melakukan kerja-kerja penulisan dan mencipta idea, Kak Nida gemar mencari port-port lepak yang sesuai dijadikan tempat menulis dan perjumpaan. Di samping itu, Kak Nida gemar juga meneroka kafe yang best untuk lepak dengan kawan-kawan dan lokasi-lokasi menarik lain yang ideal dijadikan 'writing corner' seperti perpustakaan dan kedai buku. Semua itu Kak Nida kongsikan di sini. Mana tahu, membawa manfaat kepada orang lain. Harapnya begitu.
Ulasan Buku dan Filem
Kak Nida juga mengambil kesempatan di sini untuk berkongsi dan membuat ulasan mengenai buku yang dibaca dan filem yang ditonton. Kebanyakan yang Kak Nida minat adalah daripada genre seram, tapi Kak Nida turut meminati genre kisah hidup seperti memoir dan autobiografi serta self-help dan motivasi.
Buku dan Produk untuk Dijual
Jika ada yang berminat, di laman web ini juga Kak Nida kongsikan buku-buku yang Kak Nida hasilkan untuk dijual. Silakan ke bahagian 'Produk' untuk membuat pembelian.
Akhir kata, jangan lupa untuk Langgan (Subscribe) blog Kak Nida ni untuk menerima berita terkini dan maklumat sebarang aktiviti.
Selamat membaca dan melayari laman web ini!

0 Ulasan