Kami pulang ke hotel untuk melihat hasil daripada rakaman kamera masing-masing.
Kak Nida pun 'on' kamera Kak Nida yang diberikan kepada salah seorang ahli paranormal semasa di banglo tadi. Pada minit-minit pertama berada di sana, kamera tu masih ada pada Kak Nida dan sepatutnya tidak merakam apa-apa. Tetapi, sesuatu yang menghairankan berlaku. Apabila Kak Nida tekan playback, ia menunjukkan rakaman dari awal sejak turun daripada kereta. Mungkin Kak Nida tertekan on tanpa Kak Nida sedar. Yang anehnya, terdapat semacam kesan darah atau cat merah yang agak banyak pada bahagian depan dinding banglo berhampiran tingkap yang Kak Nida tenung tadi turut terakam.
"Eh, korang ingat tak.. ni apa benda ni?" soal Kak Nida.
Masing-masing melihat rakaman di kamera Kak Nida. Masing-masing kehairanan sebab kalau ada sesuatu yang pelik terlihat tadi seperti kesan darah atau cat pada dinding putih yang begitu nyata, pasti kami sudah bualkan.
"Ni dekat mana kak?" soal salah seorang daripada mereka. Pelik. Takkanlah tiada siapa yang perasan. Kami cuba melihat rakaman di kamera lain. Tidak ada pula rakaman di sudut dinding yang sama.
"Takkanlah kita tak perasan, kan?" ujar Zu pula. Perkara itu terus menjadi tanda tanya.
Kami lihat pula rakaman di kamera lain, Tidak ada yang pelik. Masing-masing cuma mencurahkan apa yang mereka rasa. Kalau ikutkan Roy, selain daripada perempuan yang dia nampak di tingkap banglo, dia tidak nampak apa-apa yang menakutkan lagi.
Ada antara ahli paranormal yang berpendapat, bilik stor di banglo pertama tersebut ada energy yang kurang enak (tempat sama di dapur yang Kak Nida rasa lain macam). Katanya, mungkin bilik tu jadi tempat jin duduk bertandang. Cuma, kalau energy yang tak best macam tu biasanya dikaitkan dengan peristiwa lain pada masa lepas yang berlaku di situ. Wallahualam, Kak Nida banyak mendengar sahaja team paranormal bercerita. (Beberapa tahun kemudian, Kak Nida pernah bertanya seorang ustaz tentang perkara ini. Nanti Kak Nida cerita lanjut.)
Lepas maghrib, Kak Nida dan Zu berhasrat untuk makan malam. Kami semua pergi ke foodcourt tak jauh dari hotel kami menaiki kereta masing-masing. Masa di foodcourt tu, kami berbual dengan beberapa peniaga. Kami tanya, di sini ada tak cerita-cerita seram. Mereka macam tak nak cerita. Kata sorang makcik tu biasalah, di mana-mana pun pasti ada cerita seram. Kemudian saya berbual-bual lama sikit, masih cuba mengorek cerita. Datang pula anak dia join kami berbual. Akhirnya terbuka cerita tentang satu banglo ni namanya Bishop House. Banglo tu atas bukit dan dah lama abandoned. Katanya, ownernya pun dah tak tahan, dah try macam-macam tapi masih berlaku macam-macam gangguan. Akhirnya terbiar saja. Makcik tu cakap, sekeliling bukit nak naik tu dah tumbuh pokok-pokok liar dah. Tak boleh naik.
Kami refer pada satu map yang kami dapat di hotel. Di situ ada tulisan lokasi Bishop House atau Banglo Bishop. Geng-geng paranormal tu terus excited nak pergi. Akak memang tak beranilah. Jadi akak dengan Zu decide nak lepak dan jalan-jalan saja di kawasan sekitar. Kami berpecah.
~ Sambung Part III
0 Ulasan