Suatu hari, Kak Nida plan nak ikut kawan-kawan peminat paranormal naik ke Frasers Hill. Kami plan pergi dua kereta, dan bercadang lepak dua malam. Perancangannya masa tu simple saja. Kak Nida nak staycation untuk siapkan buku, mereka pula nak terjah beberapa buah banglo tinggal di sana.
Actually, masa hari nak naik tu, dah berlaku satu kejadian yang tak diingini. Salah seorang daripada geng paranormal ni terlibat dengan kemalangan di LDP betul-betul malam sebelum hari kami nak bertolak. Kami serba salah nak teruskan perancangan kami keesokannya, apatah lagi bila member yang accident tu masih nak ikut kami. Tapi, bila dia sendiri insist nak ikut, dan kecedaraan luaran dia tidak terlalu teruk, kami dengan berat hati tunggu sehingga dia habis check-up, barulah bertolak ke Frasers Hill. Jadi, kami pun bertolak lambat. Tidak pada awal pagi seperti yang kami rancang.
Kak Nida naik kereta dengan seorang rakan penulis, Zu. Geng-geng paranormal naik satu lagi kereta berlima. Kereta kami berjumpa di Kuala Kubu Bharu, kemudian naik sama-sama ke Frasers Hill secara konvoi.
Oleh kerana dalam kereta geng paranormal tu ada member yang accident tu, kami terpaksa gerak slow sebab badan dia masih sakit. Jalan pun berpusing-pusing buatkan dia pening dan mual. Oleh kerana kasihankan dia, kami gerak perlahan-lahan dan berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan.
Flashback sikit. Beberapa bulan sebelumnya, Kak Nida diperkenalkan dengan seorang pakcik berbangsa India yang menjadi penjaga salah sebuah banglo di Frasers Hill. Pakcik atau Uncle ni orang lama di sana. Kak Nida lupa nama dia tapi untuk bercerita kali ni Kak Nida gelar dia 'Uncle Raju'. Kak Nida pun tak ingat macam mana Kak Nida boleh kenal dia. Mungkin melalui kawan-kawan tourist guide, sebab masa tu Kak Nida ada lesen tourist guide dan kadangkala ambil job tourist guide juga. Dipendekkan cerita, masa nak ke Frasers Hill tu sempatlah Kak Nida hubungi Uncle Raju. Ingat nak jumpa, berbual-bual sambil mendengar kisah seram di Frasers Hill. Dia pun bersetuju. Dia kata, kalau ada apa-apa pertolongan atau pandu arah di Frasers Hill bolehlah bertanya pada dia.
Sambung balik kisah tadi, sampai di Frasers Hill kami terus check in hotel Shahzan Inn. Member yang sakit tadi kami rehatkan, yang lain berkumpul di lobi untuk jalan-jalan sebab tak nak buang masa. Kak Nida pun turun sekali sebab tak ada mood nak menulis. Mereka ajak Kak Nida round Frasers Hill tengok-tengok kawasan sekitar. Kak Nida pun bersetuju sebab hari pun masih siang, dalam pkl 4 petang.
Kami pun naik semula kereta dan round-round kawasan sekitar. Masa tu, Frasers Hill ada banyak banglo tinggal. Pusing sana nampak satu, pusing sini nampak satu. Jalan punya jalan, kami nampak satu banglo ni. Dia tak adalah tepi jalan sangat, kena masuk dalam sikit. Ada dua banglo di situ. Dan nampaknya macam dah tinggal lama. Oleh kerana kawasannya tak berpagar, geng paranormal ni nak masuk.
Biasalah, Kak Nida ni tak berani. Tapi memikirkan hari siang, dan kawasan banglo tu pun nampak terang (bukan dalam hutan ke apa), Kak Nida pun ikut. Kami masuk kawasan tu dan park dekat depan banglo tu (ada jalan bertar).
Masa tu Kak Nida bagi kamera Kak Nida pada salah seorang geng paranormal untuk mereka rakam apa-apa. Kak Nida tak berniat nak rakam beria-ia pun.. masa tu pun handphone Kak Nida tak canggih, kalau rakam pun entah apa-apa!
So, kami pun jalan nak masuk ke banglo pertama.
Entah kenapa, masa nak masuk tu, langkah Kak Nida terhenti. Mata Kak Nida automatik pandang tingkap banglo yang menghadap ke arah kami. Tak ada apa-apa pun dekat tingkap tu tapi tak tahu kenapa Kak Nida tak lepaskan pandangan Kak Nida. Macam terpaku kat situ. Kak Nida ni bukan jenis yang boleh 'nampak' or hijab mata terbuka ke apa, tapi ada satu kebiasaan Kak Nida, Kak Nida macam ada 'rasa' atau firasat. Entahlah, nak terangkan susah. Takut orang tak percaya pula. Tapi benda ni dah jadi beberapa kali. Korang bacalah nanti cerita-cerita Kak Nida mungkin korang akhirnya akan faham apa yang Kak Nida maksudkan tu.
Tiba-tiba salah seorang member paranormal, Roy, tegur Kak Nida. "Akak nampak apa?" Akak tersentak bila ditanya, tapi akak bagitahulah akak tak nampak apa-apa. Dia angguk-angguk je. Kemudian kami terus jalan.
Ok,. sedikit background story. Roy dan seorang lagi geng paranormal tu sebenarnya perawat. Diorang ni boleh nampak, or rasa. Dan ada seorang lagi, Rynn, pun boleh nampak. Ni, siapa nak percaya, percayalah, kalau tak, taklah. Akak sekadar bercerita apa yang akak tahu. Akak tak adalah nak judge mereka ni. Mereka ni pun orang baik-baik saja, solat, dan tak ada pun akak nampak buat benda bukan-bukan macam memanggil, menyeru, dsb. So I keep my thoughts open about them.
Sambung balik. Kami pun jalan masuk ke rumah pertama tu. Memang cantik lagi. Rumah kolonial. Kak Nida memang minat bangunan kolonial. Jadi Kak Nida masuk tu dengan perasaan ingin tahu juga tentang rekaan bangunannya.
Ruang pertama, hall, luas... ada ruang tamu, fireplace dan rasanya ruang makan sekali. Masuk dalam sikit terus bilik-bilik. Kami explore satu persatu. Bilik-bilik ni banyak sarang burung dan mungkin juga najis-najis kelawar, entah. Kak Nida ni memang pantang sikit tempat kotor, jenis yang takut penyakit. Jadi akak tak berani sentuh apa-apa. Cuma, rumah tu tak adalah teruk sangat keadaan dia. bersepah sikit je. Perabot pun masih ada yang elok. Selebihnya habuk.
Kemudian kami ke dapur. Ha, di dapur ni ada rasa lain macam sikit. Ada satu stor di dapur tu, Kak Nida rasa tak nak masuk. Dalam hati macam ada berbisik jangan masuk. Macam tulah firasat yang Kak Nida maksudkan tadi. Dia macam bagi signal. Wallahualam.
Geng-geng paranormal ni terus explore semua bilik. Kak Nida lepak je di ruang tamu. Kemudian, kami gerak ke banglo kedua.
Banglo kedua ni cantik. Ada pokok-pokok bunga jadi pagar. Tak nampak macam rumah tinggal. Lepas explore sedikit, kami keluar balik. Kak Nida pun hairan dengan geng paranormal ni, tak ada apa ke yang mereka nampak? Mereka tak cakap apa pun? Selalu kita tengok video paranormal bukan main suspense dan seram.
On the way keluar tu Kak Nida tanyalah kenapa diorang tak ada cakap apa-apa, tak nampak apa-apa ke. Roy jawab, "Sini tak ada apa sangat kak."
"Oh, maksud awak tak ada benda ke? Tapi bukan bangunan tinggal selalu ada penunggu?" soal akak.
"Tak semestinya. Tadi ada sebenarnya, tapi mereka bukan penunggu. Mereka ni jin hutan. Mereka datang jalan-jalan, nak lepak, nak tengok-tengok, jin pun macam manusia, kak.." kata Roy.
"Oh, ada ya macam tu?" soal saya lagi.
"Eh, ada. Diorang ni pun kadang-kadang takut dengan manusia. Kita masuk, dia keluarlah," kata Roy.
Sebelum naik ke kereta, tiba-tiba Roy tanya. "Tadi, masa akak pandang tingkap tu.. akak ada nampak apa-apa?"
Kak Nida menggeleng.
"Sebenarnya, ada perempuan tadi dekat situ. Dia tengok je kita. Tapi dia tak berani, masa kita nak masuk, dia dah keluar ke hutan," kata Roy sambil tunjuk hutan berbukit tak jauh dari situ.
Meremang sekejap bulu roma bila dengar Roy cakap macam tu. Dalam hati bersyukur juga mata ni tak boleh nampak benda-benda macam tu. Setakat rasa tu tak apa lagi. Sekurang-kurangnya kita berjaga-jaga. Itulah firasat yang Kak Nida maksudkan tadi.
- Sambung Part II
0 Ulasan