Pembukaan filem Pabrik Gula agak menarik dengan pemandangan luar kota yang indah dan scene beberapa warga kampung menaiki lori untuk diangkut ke tempat kerja bermusim mereka, sebuah kilang gula. Kepakaran produksi MD Pictures dalam cinematografi dan shot-shot visual yang premium dan menarik adalah kekuatan mereka yang turut dapat dilihat dalam filem-filem seram mereka sebelum ini seperti KKN Desa Penari.
Sebaik tiba
di kilang gula, pekerja-pekerja tadi mula masuk ke lodge (tempat tinggal)
masing-masing. Penonton tidak menunggu lama kerana kejadian-kejadian aneh dan
penampakan ‘hantu’ mula disajikan sebaik mereka memulakan kehidupan di situ.
Watak utama
– Endah, seorang perempuan muda diperlihatkan sebagai orang yang baik,
mengambil berat dan bijak. Endah berkongsi lodge dengan 2 rakan sekampung, Wati
dan Naning, dan seorang lagi warga dari desa lain, Rani.
Aku
tidaklah mahu bercerita lanjut tentang jalan ceritanya agar tidak menjadi
spoiler cuma akan memberikan pandangan dengan merujuk kepada scene-scene
tertentu sahaja.
Secara
keseluruhan, tahap keseraman adalah 6/10 kerana scene-scene seram banyak
dipandu oleh “jump-scare”. Walaupun aku suka cerita seram, aku tak begitu minat
teknik jump scare kerana bila berulang kali dibuat, ia sudah jadi tidak
menakutkan. Jump scare dalam filem ini juga diikuti “sound effect” yang kuat
menjadikannya agak “try too hard”. Pun begitu, tidak dapat aku nafikan, visual
hantu-hantunya memang menyeramkan dan “real”. Jika tidak disajikan dengan
teknik jump scare, aku rasa ia mungkin boleh jadi lebih berkesan.
Aku tetarik
dengan elemen budaya yang diketengahkan dalam filem ini iaitu kuda kepang dan
wayang kulit. Berbeza dengan di Malaysia, wayang kulit di sana disajikan bersama
kuda kepang. Mungkin aku yang tidak tahu, tapi ini adalah sesuatu yang baru
bagi aku.
Ada
beberapa elemen yang meimbulkan misteri tetapi tidak diteroka dari sudut
mistiknya. Contohnya, ketika mula masuk kerja, Endah ternampak seekor anak
burung terjatuh lalu meletakkannya semula ke dalam sarang. Ketika itu dapat
dilihat adanya batu nisan kubur kristian di dalam kawasan kilang itu tetapi
elemen itu tidak dikembangkan di dalam cerita, hanya boleh dikaitkan dengan
kematian warga kilang sebelum itu.
Satu lagi
contoh adalah perigi. Terdapat kejadian menyeramkan berlaku di perigi tapi
hanya ditunjukkan perigi itu sebagai prop sahaja tanpa ada signifikan tertentu.
Dalam
beberapa scene, hantunya berbeza-beza – ya mungkin juga sesuai untuk
menunjukkan betapa ramainya jiwa yang telah terkorban di situ tapi untuk
mengaitkannya dengan kejadian seram yang sebenar-benarnya berlaku – terasa agak
longgar. Watak hantu itu dan ini sekadar mengisi ruang-ruang masa untuk
menyampaikan kisah seram yang sebenar.
Akhir
cerita filem ini boleh dikatakan agak bagus juga dari segi lakonan dan
teknikalnya tetapi aku agak kecewa kerana cliché. Filem ini sama jalan
ceritanya dengan KKN Desa Penari – sekumpulan orang pergi ke satu tempat asing,
mengalami perkara aneh, rupa-rupanya ada yang melanggar pantang, hantu
mengamuk, dan diakhiri dengan yang hak mengalahkan yang batil. Malah, pada aku
tersangat cliché sebab punca kejadian hampir sama berkisar perselingkuhan. Pada
aku lebih padu jika sesuatu yang lain, sesuatu yang tidak boleh diduga.
Sebagai
seorang muslim, aku juga tak dapat lari daripada mempersoalkan isu khurafat dan
akidah dari kaca mata seorang yang bukan ustazah. Filem ini berkisar demit (roh
jahat) yang dipuja dan diberi gelaran Maharatu. Aku tidak tahulah kalau semua
pelakon itu Islam atau tidak tetapi aksi-aksi memuja dan menyeru-nyeru itu
mugkin tidak harus kita ikuti dalam filem tempatan kerana padaku agak
keterlaluan. Pada pandangan aku, walaupun sesebuah filem itu berkaitan
pemujaan, ajaran sesat dan seumpamanya, pengarah perlulah explore visual dengan
cara yang lebih kreatif tanpa mengorbankan pegangan yang kita anuti. Samalah
juga scene-scene berbaur seksual. Untuk menunjukkan seseorang berselingkuh,
tidak perlulah dengan aksi keterlaluan. Secara abstrak, lelaki dan perempuan
berdua-duaan memasuki sebuah bilik bersama sudah cukup menggambarkan niat
mereka jika kena pada konteks cerita. Tak perlulah ikut filem hollywood pula. Di
pawagam mungkin boleh dipotong-potong tapi kalau sudah masuk ke Netflix nanti,
khuatir pada tahap yang tidak wajar.
Secara
umum, aku terhibur dengan filem ini tetapi mengharapkan MD Pictures dengan
pengalaman luas menghasilkan cerita-cerita seram untuk explore sesuatu yang
baharu dengan jalan cerita yang lebih segar. Mana tahu boleh bekerjasama dengan
pembuat filem Malaysia sebab kita ada cerita yang menarik cuma teknologi (dan
kepakaran lain seperti cinematografi) perfileman kita tidak sehebat mereka.
Mungkin aku silap, tapi sampai sekarang aku rasa filem Malaysia kualitinya tak
sebaik filem seberang, terutamanya filem seram.
Kredit foto:
MD Pictures & www.brawlin.com
0 Ulasan